22 Julai 2026

Perbualan anda yang paling penting tidak lagi berada pada telefon anda. Anda sedang berbual dengan rakan di atas sofa sambil menggunakan iPad, bertanya khabar keluarga semasa memandu pulang dan bertukar antara banyak aplikasi yang berbeza untuk mengurus kerja dan hari anda.
WhatsApp sepatutnya berfungsi di mana-mana sahaja anda berada. Itulah sebab kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memastikan WhatsApp berfungsi dengan lancar pada aplikasi lain yang anda gunakan dan pada seluruh peranti anda – supaya WhatsApp dapat mengikuti cara anda hidup sebenarnya.
Daftar WhatsApp daripada iPad anda: Sejak kami mengumumkan WhatsApp untuk iPad tahun lepas, satu daripada perkara terbesar yang kami dengar daripada orang ramai ialah keinginan untuk mencipta akaun WhatsApp secara terus pada iPad mereka, tanpa perlu memautkan kepada telefon mereka. Sekarang anda boleh berbuat demikian. Daftar WhatsApp secara terus pada aplikasi iPad, sediakan akaun anda dan selesai.
CarPlay dan Android Auto yang dibaharui: Kami telah menyegarkan semula pengalaman pada kedua-dua wadah. Sekarang anda boleh mendengar dan membalas mesej, membuat panggilan, melihat sejarah panggilan anda dan menghubungi kegemaran anda – secara bebas tangan dan menerusi skrin kereta anda.
PDF, dinaik taraf: Kini anda boleh membuka PDF secara terus dalam WhatsApp tanpa memuat turun PDF tersebut, kemudian membuat pengeditan ringan seperti menyerlahkan dan membuat anotasi secara terus dalam sembang. Tersedia pada web dan desktop, dikuasakan oleh Adobe Acrobat.
Kongsi perkara yang anda dengar: Berkongsi muzik ialah cara mengekspresikan diri anda dan kini anda boleh berkongsi lagu dengan mudah terus daripada Apple Music atau Spotify kepada Status WhatsApp anda. Hanya dengan beberapa ketikan, rakan anda boleh melihat perkara yang anda minati sekarang, menjadikan Status anda lebih unik.
Ciri ini sudah dilancarkan sekarang. Kami berharap ciri ini memudahkan perkembangan kehidupan anda.