Muat turun
Ciri
PanggilanPemesejanKumpulanSaluranMeta AIStatusKeselamatan
PrivasiBlogAplikasiPusat BantuanUntuk Perniagaan
Log Masuk
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Cara Baharu untuk Menikmati Status WhatsApp

Status ialah cara popular untuk berkongsi kemas kini dalam tempoh singkat dengan rakan dan kenalan rapat di WhatsApp. Status akan hilang dalam masa 24 jam dan mungkin termasuk foto, video, GIF, teks dan banyak lagi. Sama seperti sembang dan panggilan peribadi anda, status WhatsApp anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung supaya anda boleh berkongsi secara peribadi dan selamat.

Kami teruja untuk menambah satu set ciri baharu pada status di WhatsApp yang memudahkan anda menyatakan diri anda dan berhubung dengan orang lain.

Pemilih Penonton Peribadi

Setiap status yang anda kongsi mungkin tidak selalunya sesuai untuk semua kenalan anda. Kami memberi anda fleksibiliti untuk mengemas kini tetapan privasi bagi setiap status supaya anda boleh memilih orang yang boleh melihat status anda setiap kali anda membuat kemas kini. Pemilihan penonton terkini anda akan disimpan dan digunakan sebagai lalai untuk status anda yang seterusnya.

Status Suara

Kami memperkenalkan keupayaan untuk merakam dan berkongsi mesej suara hingga 30 saat pada status WhatsApp. Status suara boleh digunakan untuk menghantar lebih banyak kemas kini peribadi, terutamanya jika anda berasa lebih selesa menyatakan diri anda dengan bercakap daripada menaip.

Reaksi Status

Kami menambah reaksi status bagi menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk membalas kemas kini status daripada rakan dan kenalan rapat anda. Ini ialah ciri #1 yang dikehendaki oleh pengguna berikutan pelancaran Reaksi pada tahun lepas. Kini anda boleh membalas sebarang status dengan cepat dengan meleret ke atas dan mengetik pada satu daripada lapan emoji. Anda sudah tentu masih boleh membalas status dengan teks, mesej suara, pelekat dan banyak lagi.

Gelang Profil Status untuk Kemas Kini Baharu

Dengan gelang profil status baharu, anda tidak akan terlepas status daripada orang tersayang. Gelang ini akan muncul di sekeliling gambar profil kenalan anda apabila mereka berkongsi kemas kini status. Gelang akan kelihatan dalam senarai sembang, senarai peserta kumpulan dan maklumat hubungan.

Pratonton Pautan pada Status

Kini apabila anda menyiarkan pautan pada status anda, anda akan melihat pratonton visual kandungan pautan secara automatik, sama seperti semasa anda menghantar mesej. Pratonton visual menjadikan status anda kelihatan lebih baik dan memberikan gambaran yang lebih baik tentang pautan itu kepada kenalan anda sebelum mereka mengklik.

Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan tersedia untuk semua orang dalam beberapa minggu akan datang. Kami berharap orang ramai akan menikmati ciri status baharu ini tidak lama lagi.

7 Februari 2023

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan

Diri kami

Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi

Gunakan WhatsApp

AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web

Perlukan bantuan?

Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap