Muat turun
Ciri
PanggilanPemesejanKumpulanSaluranMeta AIStatusKeselamatan
PrivasiBlogAplikasiPusat BantuanUntuk Perniagaan
Log Masuk
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Panggilan Video WhatsApp

Matlamat kami di WhatsApp adalah untuk membantu seramai orang yang mungkin untuk terus berhubung dengan rakan, keluarga dan insan lain yang mereka sayangi. Jadi, kami menghasilkan produk yang ringkas, mudah digunakan dan boleh diakses tidak kira di mana-mana anda berada. Kami bermula dengan pemesejan dan Sembang Kumpulan. Kemudian, kami menambah panggilan video. Kami berbuat demikian dengan cara yang berkesan merentasi ribuan gabungan peranti dan platform di seluruh dunia.

Hari ini, kami teruja untuk mengumumkan langkah seterusnya dalam usaha kami bagi menghubungkan orang ramai – panggilan video WhatsApp. Dalam beberapa hari akan datang, lebih daripada satu bilion pengguna WhatsApp boleh membuat panggilan video merentasi peranti Android, iPhone dan Windows Phone.

Kami memperkenalkan ciri ini kerana kami tahu bahawa kadangkala suara dan teks sahaja tidak mencukupi. Tiada medium lain untuk menyaksikan cucu anda bertatih atau melihat wajah anak perempuan anda yang belajar di luar negara. Kami mahu menyediakan ciri ini kepada segenap masyarakat, bukan hanya golongan yang mampu membeli telefon baharu yang mahal atau bermastautin di negara yang mempunyai rangkaian selular terbaik.

Selama bertahun-tahun, kami telah menerima banyak permintaan daripada pengguna kami bagi panggilan video dan kami berasa teruja kerana berjaya menawarkan ciri ini kepada dunia. Terima kasih kerana menggunakan WhatsApp dan kami berjanji akan terus berusaha sedaya upaya setiap hari untuk menambah baik mutu perkhidmatan.


14 November 2016

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)