20 November 2025

Bagi anda yang telah menggunakan WhatsApp dari awal lagi, anda akan ingat Perihal ialah ciri pertama kami. Malah sebelum kami melancarkan pemesejan peribadi dan selamat, kami memudahkan perkongsian perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pantas. Hari ini kami memperkenalkan semula dan menambah baik Perihal, supaya lebih kelihatan, tepat pada masanya dan lebih mudah digunakan.
Pada hari yang anda kurang berkelapangan - Perihal boleh memberitahu orang lain sebab anda tidak dapat berbual atau menyampaikan perkara yang ingin anda ucapkan menggunakan sekadar emoji dan frasa pendek.

Perihal kini akan lebih mudah dikesan pada bahagian atas sembang 1-1 dan pada profil anda. Anda juga boleh membalas kepada Perihal orang secara terus dengan mengetik Perihal dalam sembang. Perihal akan luput selepas satu hari tetapi anda juga boleh memilih agar Perihal menghilang lebih cepat atau disimpan lebih lama mengikut tempoh yang anda pilih. Hanya pergi ke Tetapan dan ketik ‘Tetapkan Perihal’ untuk memilih pemasa anda.
Anda boleh menentukan orang yang dapat melihat Perihal anda. Anda boleh menetapkan Perihal untuk dilihat oleh kenalan anda sahaja, atau memilih untuk menjadikan Perihal lebih jelas kelihatan dalam tetapan privasi anda.
Kami akan melancarkan ciri ini kepada semua orang pada peranti mudah alih mulai minggu ini.