Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Tetapan Privasi Baharu untuk Kumpulan

Kumpulan WhatsApp terus menghubungkan keluarga, rakan, rakan sekerja, rakan sekelas dan banyak lagi. Apabila orang ramai beralih kepada kumpulan untuk perbualan penting, pengguna telah meminta lebih kawalan ke atas pengalaman mereka. Hari ini, kami memperkenalkan tetapan privasi baharu dan sistem jemputan untuk membantu anda memutuskan individu yang boleh menambah anda pada kumpulan.

Untuk mendayakan tetapan ini, pergi ke Tetapan dalam aplikasi anda, kemudian ketik Akaun > Privasi > Kumpulan dan pilih satu daripada tiga pilihan: “Semua Orang” “Kenalan Saya,” atau “Kenalan Saya Kecuali.” “Kenalan Saya” bermakna hanya pengguna yang ada dalam buku alamat anda boleh menambahkan anda pada kumpulan dan “Kenalan Saya Kecuali” menyediakan kawalan tambahan untuk lingkungan kenalan anda yang boleh menambahkan anda pada kumpulan.

Dalam hal yang sedemikian, pentadbir yang tidak boleh menambahkan anda pada kumpulan akan digesa untuk menghantar jemputan peribadi melalui sembang individu, yang memberi anda pilihan untuk menyertai kumpulan tersebut. Anda diberikan masa tiga hari untuk menerima jemputan tersebut sebelum jemputan luput.

Dengan ciri baharu ini, pengguna akan mempunyai lebih kawalan ke atas mesej kumpulan yang mereka terima. Tetapan privasi baharu ini akan mula dilancarkan kepada beberapa pengguna mulai hari ini dan akan tersedia di seluruh dunia dalam masa terdekat untuk mereka yang menggunakan versi terkini WhatsApp.

KEMAS KINI: Berdasarkan maklum balas daripada pengguna semasa pelancaran awal kami, kini kami menyediakan pilihan “Kenalan Saya Kecuali” dan bukannya “Tiada Siapa”. Ini membolehkan anda memilih untuk mengecualikan kenalan tertentu atau “pilih semua”. Kemas kini ini dilancarkan kepada pengguna di seluruh dunia pada versi terkini WhatsApp.

Terakhir Dikemas Kini: 5 November 2019


3 April 2019

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)