Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Sokongan WhatsApp untuk peranti mudah alih

Awal minggu ini, WhatsApp telah mencapai umur tujuh tahun. Ini merupakan satu perjalanan yang menakjubkan dan dalam bulan-bulan yang akan datang, kami akan memberikan lebih banyak perhatian pada ciri keselamatan dan lebih banyak cara untuk kekal berhubung dengan orang yang anda ambil berat.

Namun, tarikh ulang tahun juga merupakan peluang untuk mengimbau masa lalu. Semasa kami memulakan WhatsApp pada tahun 2009, penggunaan peranti mudah alih kelihatan sangat berbeza berbanding sekarang. Apple App Store baru sahaja diperkenalkan beberapa bulan. Lebih kurang 70 peratus telefon pintar yang dijual pada masa itu menjalankan sistem operasi yang ditawarkan oleh BlackBerry dan Nokia. Sistem operasi mudah alih yang ditawarkan oleh Google, Apple dan Microsoft - yang merangkumi 99.5 peratus jualan hari ini - adalah kurang daripada 25 peratus peranti mudah alih yang dijual pada masa itu.

Melihat pada rancangan tujuh tahun yang berikutnya, kami ingin menumpukan platform mudah alih yang digunakan oleh kebanyakan orang. Jadi, pada penghujung tahun 2016, kami akan menamatkan sokongan untuk WhatsApp Messenger pada platform mudah alih berikut:

  • BlackBerry OS dan BlackBerry 10
  • Nokia S40
  • Nokia Symbian S60
  • Android 2.1 dan Android 2.2
  • Windows Phone 7
  • iPhone 3GS/iOS 6

Walaupun peranti mudah alih ini memainkan peranan penting dalam kisah pembentukan kami, peranti tersebut tidak menawarkan keupayaan yang kami perlukan untuk mengembangkan ciri aplikasi kami pada masa hadapan.

Ini ialah satu keputusan yang sukar buat kami tetapi wajar dilakukan bagi menyediakan cara yang lebih baik untuk individu terus berhubung dengan rakan, keluarga dan insan tersayang menggunakan WhatsApp. Jika anda menggunakan salah satu peranti mudah alih yang terjejas, kami mencadangkan agar anda menaik taraf kepada Android, iPhone atau Windows Phone yang lebih baharu sebelum penghujung tahun 2016 untuk terus menggunakan WhatsApp.

KEMAS KINI: Anda tidak akan dapat menggunakan WhatsApp pada platform berikut untuk:

  • Nokia Symbian S60 selepas 30 Jun 2017
  • BlackBerry OS dan BlackBerry 10 selepas 31 Disember 2017
  • Nokia S40 selepas 31 Disember 2018
  • Semua sistem operasi Windows Phone selepas 31 Disember 2019, dan aplikasi WhatsApp mungkin tidak akan tersedia di Microsoft Store selepas 1 Julai 2019
  • Android versi 2.3.7 dan lebih lama selepas 1 Februari 2020
  • iPhone iOS 7 dan lebih lama selepas 1 Februari 2020

Nota: Oleh sebab kami tidak lagi akan membuat pembangunan secara aktif untuk platform ini, sesetengah ciri mungkin dihentikan pada bila-bila masa.

Terakhir Dikemas Kini: 14 Jun 2019

26 Februari 2016

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)