Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Kini tiba! Memperkenalkan WhatsApp untuk iPad

Sebagai salah satu daripada permintaan terbesar, kami teruja untuk mengumumkan bahawa WhatsApp kini tersedia pada iPad.

Dengan membawa semua ciri kegemaran anda ke skrin yang lebih besar, WhatsApp untuk iPad memudahkan lagi hubungan dengan rakan dan keluarga. Buat panggilan video dan audio dengan hingga 32 orang, kongsikan skrin anda dan gunakan kedua-dua kamera depan dan belakang.

Kami telah menjadikan WhatsApp untuk iPad sesuai untuk berbilang tugas supaya anda boleh melakukan lebih banyak perkara. Manfaatkan ciri berbilang tugas iPadOS seperti Pengurus Peringkat*, Paparan Terbahagi dan Luncur untuk melihat berbilang aplikasi serentak, supaya anda boleh menghantar mesej sambil melayari web, atau menyelidik pilihan untuk perjalanan kumpulan semasa dalam panggilan bersama. WhatsApp juga berfungsi dengan Magic Keyboard dan Apple Pencil anda.

WhatsApp untuk iPad menggunakan teknologi berbilang peranti terkemuka industri kami untuk memastikan segala perkara disegerakkan merentas iPhone, Mac dan peranti lain anda serta melindungi mesej peribadi, panggilan dan media anda dengan penyulitan hujung ke hujung, tidak kira platform atau peranti pemesejan anda. Lapisan privasi tambahan kami, seperti kunci sembang, membolehkan anda mengadakan perbualan peribadi secara yakin walaupun anda berkongsi iPad anda dengan orang lain.

Ini hanya permulaan untuk WhatsApp pada iPad, dan kami menantikan maklum balas anda. Tersedia untuk dimuat turun daripada App Store hari ini.

*Pengurus Peringkat tersedia pada iPad Pro dengan M4, iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-3 dan seterusnya), iPad Pro 11 inci (generasi pertama dan seterusnya) dan iPad Air (generasi ke-5), iPad Air 11 inci (M2 dan seterusnya), iPad Air 13 inci (M2 dan seterusnya).

27 Mei 2025

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)