Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Memastikan WhatsApp Peribadi dan Sulit

Dengan berbilion orang tidak dapat menemui rakan dan keluarga mereka secara bersemuka disebabkan oleh COVID-19, mereka semakin bergantung kepada WhatsApp untuk berkomunikasi. Orang ramai bercakap dengan doktor, guru dan orang tersayang yang diasingkan melalui WhatsApp semasa krisis ini. Itulah sebabnya semua mesej dan panggilan anda di WhatsApp disulitkan hujung ke hujung secara lalai untuk memberi anda ruang yang selamat untuk perbualan anda yang paling peribadi.

Tahun lepas, kami telah memperkenalkan pengguna kepada konsep mesej yang telah dimajukan berkali-kali. Mesej ini dilabel dengan anak panah berganda untuk menunjukkan bahawa mesej tersebut bukan daripada kenalan rapat. Pada hakikatnya, mesej ini adalah kurang peribadi berbanding dengan mesej biasa yang dihantar di WhatsApp. Kami kini memperkenalkan had supaya mesej ini hanya boleh dihantar kepada satu sembang pada satu masa.

Sebagai perkhidmatan pemesejan peribadi, kami telah mengambil beberapa langkah selama bertahun-tahun untuk membantu mengekalkan kemesraan perbualan. Sebagai contoh, sebelum ini kami telah menetapkan had pada mesej yang dimajukan untuk membataskan penyebaran maklumat. Pada masa tersebut, kami melihat penurunan sebanyak 25% dalam bilangan mesej yang dimajukan secara keseluruhan.

Adakah semua pemajuan tidak baik? Sudah tentu tidak. Kami tahu ramai pengguna memajukan maklumat yang berguna dan juga video lucu, mimik serta buah fikiran atau doa yang mereka dapati bermakna. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, orang ramai juga menggunakan WhatsApp untuk mengatur detik umum sebagai sokongan kepada petugas kesihatan barisan depan. Walau bagaimanapun, kami telah melihat peningkatan yang ketara dalam bilangan pemajuan yang menurut para pengguna, boleh menjadi keterlaluan dan boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat salah. Kami percaya bahawa penting untuk kami memperlahankan penyebaran mesej ini agar WhatsApp kekal menjadi tempat perbualan peribadi.

Sebagai tambahan kepada perubahan ini, kami bekerjasama secara langsung dengan NGO dan kerajaan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan lebih daripada 20 kementerian kesihatan negara untuk membantu menghubungkan orang ramai dengan maklumat yang tepat. Bersama-sama, pihak berkuasa yang dipercayai ini telah menghantar beratus-ratus juta mesej secara terus kepada orang ramai yang meminta maklumat dan nasihat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang usaha ini, serta cara menyerahkan potensi mitos, olokan dan khabar angin kepada organisasi penyemakan fakta, di Hab Maklumat Koronavirus kami.

Kami percaya bahawa sekarang orang semakin perlu berhubung secara peribadi. Pasukan kami bekerja keras untuk memastikan WhatsApp berfungsi dengan baik semasa krisis global yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami akan terus mendengar maklum balas anda dan memperbaiki cara orang ramai boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain di WhatsApp.

7 April 2020

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)