Muat turun
Ciri
PanggilanPemesejanKumpulanSaluranMeta AIStatusKeselamatan
PrivasiBlogAplikasiPusat BantuanUntuk Perniagaan
Log Masuk
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Perlindungan Privasi Terkini WhatsApp: Tetapan Akaun Ketat

Di WhatsApp, kami berpendapat bahawa anda sepatutnya boleh mengadakan perbualan peribadi dalam talian, sama seperti perbualan secara bersemuka. Kami akan sentiasa mempertahankan hak privasi semua orang, bermula dengan penyulitan hujung ke hujung sebagai tetapan lalai. Namun begitu, kami juga memahami bahawa sebilangan kecil pengguna kami seperti wartawan atau tokoh awam mungkin memerlukan perlindungan tambahan yang sangat ketat daripada serangan siber yang jarang berlaku tetapi sangat canggih.

Sebab itulah hari ini kami mengumumkan ciri baharu berkonsepkan kawalan keselamatan ketat yang dinamakan Tetapan Akaun Ketat.

Jika ciri ini dihidupkan, tetapan akaun tertentu akan dikunci pada tahap paling ketat dan mengehadkan cara WhatsApp berfungsi dengan beberapa cara, seperti menyekat lampiran dan media daripada orang yang bukan dalam senarai kenalan anda. Anda boleh mendayakan Tetapan Akaun Ketat – yang akan dilancarkan secara beransur-ansur dalam beberapa minggu akan datang – dengan pergi ke Tetapan > Privasi > Lanjutan.

Tetapan Akaun Ketat adalah antara pelbagai langkah yang kami ambil untuk melindungi anda daripada ancaman siber yang paling canggih. Kami juga telah melancarkan bahasa pengaturcaraan yang dipanggil Rust di sebalik tabir untuk membantu anda memastikan foto, video dan mesej anda selamat daripada perisian pengintip, supaya anda boleh berkongsi dan bersembang dengan yakin. Untuk memahami teknologi ini dengan lebih lanjut, klik di sini.

27 Januari 2026

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)