Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Membawa Aplikasi WhatsApp Business Ke iPhone

Salah satu permintaan yang kerap kami terima daripada pemilik perniagaan kecil adalah bahawa mereka mahu menggunakan aplikasi WhatApp Business pada peranti pilihan mereka.

Sekarang mereka boleh berbuat demikian.

Hari ini, kami memperkenalkan aplikasi WhatsApp Business untuk iOS. Seperti versi Android —yang sejak setahun yang lalu telah digunakan oleh berjuta-juta perniagaan di seluruh dunia — aplikasi WhatsApp Business untuk iOS boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store dan akan merangkumi ciri yang membantu perniagaan kecil berkomunikasi dengan para pelanggan. Ini termasuk:

  • Profil Perniagaan: Berkongsi maklumat berguna tentang perniagaan anda seperti perihalan perniagaan, e-mel atau alamat kedai dan laman web.
  • Alat Pemesejan: Respons kepada pelanggan dengan mudah dengan alat pemesejan yang cekap— balasan segera untuk memberikan jawapan pantas bagi soalan lazim, mesej ucapan untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada pelanggan dan mesej berada jauh untuk memberitahu mereka masa untuk menjangkakan balasan.
  • Web WhatsApp: Sembang daripada komputer meja anda untuk mengurus perbualan dan menghantar fail kepada pelanggan.

Aplikasi WhatsApp Business tersedia hari ini dan boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store di Brazil, Jerman, Indonesia, India, Mexico, U.K. dan A.S. Aplikasi itu akan dilancarkan di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang.

Sama ada kedai gula-gula dalam talian di Ribeirão Preto, Brazil yang menjalankan 60 peratus daripada jualan melalui WhatsApp Business atau syarikat roti kulit kayu manis di Tijuana, Mexico yang menyatakan penghargaan terhadap WhatsApp Business kerana membolehkan mereka membuka lokasi kedua, pemilik perniagaan kecil di seluruh dunia menggunakan aplikasi tersebut untuk berkembang. Kami teruja membawakan aplikasi WhatsApp Business kepada perniagaan yang lebih kecil dan mendengar kisah baharu tentang cara aplikasi ini membantu mereka berjaya.


4 April 2019

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)