Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Memberi Lebih Masa Untuk Pengemaskinian Terkini Kami

Kami telah mendengar daripada ramai pengguna tentang kekeliruan berkaitan pengemaskinian terkini kami. Terdapat banyak maklumat salah yang menyebabkan kebimbangan dan kami ingin membantu pengguna memahami dasar kami serta faktanya.

WhatsApp telah dibina berdasarkan idea mudah: Perkara yang anda kongsikan dengan rakan dan keluarga anda kekal antara anda dengan penerima. Ini bermakna kami akan sentiasa melindungi perbualan peribadi anda dengan penyulitan hujung ke hujung, jadi WhatsApp mahupun Facebook tidak dapat melihat mesej peribadi tersebut. Oleh sebab itu, kami tidak menyimpan log penghantaran mesej atau panggilan yang dibuat oleh pengguna. Kami juga tidak dapat melihat lokasi yang anda kongsikan dan tidak berkongsi kenalan anda dengan Facebook.

Dengan kemas kini ini, tiada apa-apa perkara yang berubah. Sebaliknya, pengemaskinian ini termasuk pilihan baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej kepada perniagaan di WhatsApp, dan menyatakan lagi ketelusan tentang cara kami mengumpul dan menggunakan data. Walaupun tidak semua orang membeli-belah dengan perniagaan di WhatsApp hari ini, kami berpendapat bahawa lebih ramai orang akan memilih untuk berbuat demikian pada masa akan datang, maka penting untuk orang ramai maklum tentang perkhidmatan ini. Pengemaskinian ini tidak meluaskan keupayaan kami untuk berkongsi data dengan Facebook.

Kami memanjangkan lagi tempoh untuk meminta pengguna menyemak dan menerima terma tersebut. Tiada akaun yang akan digantung atau dipadam pada 8 Februari. Kami juga akan melakukan lebih banyak perkara untuk menjelaskan maklumat salah tentang cara privasi dan keselamatan berfungsi di WhatsApp. Kami kemudian akan meminta pengguna untuk menyemak semula dasar tersebut pada masa yang sesuai sebelum pilihan perniagaan baharu tersedia pada 15 Mei.

WhatsApp membantu membawa penyulitan hujung ke hujung kepada pengguna di seluruh dunia dan kami komited untuk mempertahankan teknologi keselamatan ini pada masa sekarang dan masa depan. Terima kasih kepada pengguna yang telah menghubungi kami dan kepada semua yang telah membantu menyebarkan fakta dan menghentikan khabar angin. Kami akan terus berusaha sedaya upaya untuk menjadikan WhatsApp sebagai kaedah terbaik untuk berkomunikasi secara peribadi.

15 Januari 2021

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)