Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Mengembangkan Alat kami untuk Perniagaan

Seperti yang kami umumkan tahun lepas, WhatsApp sedang membina alat baharu untuk membantu orang ramai dan perniagaan berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kami melancarkan aplikasi WhatsApp Business, orang ramai memberitahu kami bahawa bersembang dengan perniagaan adalah lebih cepat daripada membuat panggilan atau menghantar e-mel. Hari ini, kami meluaskan sokongan kami untuk perniagaan yang memerlukan alat yang lebih hebat untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Berikut ialah cara orang ramai boleh berhubung dengan perniagaan:

  • Minta maklumat berguna: Apabila anda memerlukan pengesahan penghantaran atau pas masuk, anda boleh memberikan nombor mudah alih anda kepada perniagaan pada laman web mereka, pada aplikasi mereka atau di kedai mereka untuk menghantar maklumat kepada anda di WhatsApp.
  • Mulakan perbualan: Anda boleh melihat butang klik untuk sembang pada laman web atau iklan Facebook untuk menghantar mesej dengan pantas kepada perniagaan.
  • Dapatkan sokongan: Sesetengah perniagaan mungkin memberikan sokongan masa nyata di WhatsApp untuk menjawab soalan tentang produk mereka atau membantu anda menyelesaikan masalah.

Dengan pendekatan ini, anda akan terus mempunyai kawalan penuh ke atas mesej yang anda terima. Perniagaan akan membayar untuk menghantar mesej tertentu, jadi mereka akan bersikap memilih dan sembang anda tidak akan berterabur. Di samping itu, mesej akan kekal disulitkan hujung ke hujung dan anda boleh menyekat mana-mana perniagaan dengan mengetik butang.

Kami akan membawa lebih banyak perniagaan ke WhatsApp dalam suatu tempoh. Untuk berbuat demikian, kami akan bekerjasama secara langsung dengan beberapa ratus perniagaan dan beberapa syarikat terpilih yang pakar dalam mengurus komunikasi pelanggan.

Jika anda berminat tentang cara perniagaan boleh mula menggunakan alat baharu ini, anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini. Seperti biasa, kami akan mendengar maklum balas dengan teliti sambil meneruskan kerja kami.

1 Ogos 2018

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)