Muat turun
Ciri
PanggilanPemesejanKumpulanSaluranMeta AIStatusKeselamatan
PrivasiBlogAplikasiPusat BantuanUntuk Perniagaan
Log Masuk
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Memperkenalkan Aplikasi WhatsApp Business

Orang ramai di seluruh dunia menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan perniagaan kecil yang mereka minati — daripada syarikat pakaian dalam talian di India kepada kedai alat ganti kereta di Brazil. Tetapi WhatsApp dibina untuk orang ramai dan kami mahu meningkatkan pengalaman perniagaan. Sebagai contoh, dengan memudahkan perniagaan memberikan respons kepada pelanggan, memisahkan mesej pelanggan dan peribadi, dan mencipta kehadiran rasmi.

Jadi hari ini kami melancarkan WhatsApp Business — aplikasi Android percuma untuk dimuat turun oleh perniagaan kecil. Aplikasi baharu kami akan memudahkan syarikat berhubung dengan pelanggan dan lebih mudah untuk 1.3 bilion pengguna kami bersembang dengan perniagaan yang penting bagi mereka. Begini caranya:

  • Profil Perniagaan: Membantu pelanggan dengan menyediakan maklumat berguna seperti perihalan perniagaan, alamat e-mel atau kedai dan laman web.
  • Alat Pemesejan Jimatkan masa dengan alat pemesejan pintar — balasan segera untuk memberikan jawapan pantas bagi soalan lazim, mesej alu-aluan yang memperkenalkan perniagaan anda kepada pelanggan dan mesej berada jauh yang memberitahu mereka bahawa anda sibuk.
  • Statistik Pemesejan: Semak metrik mudah seperti bilangan mesej yang dibaca untuk melihat perkara yang berkesan.
  • WhatsApp Web: Hantar dan terima mesej dengan WhatsApp Business pada komputer meja anda.
  • Jenis Akaun: Orang ramai akan tahu bahawa mereka bercakap dengan perniagaan kerana anda akan disenaraikan sebagai Akaun Perniagaan. Dari masa ke masa, sebilangan perniagaan akan mempunyai Akaun Disahkan setelah disahkan bahawa nombor telefon akaun sepadan dengan nombor telefon perniagaan.

Orang ramai boleh terus menggunakan WhatsApp seperti biasa — tidak perlu memuat turun apa-apa yang baharu. Orang ramai akan terus mempunyai kawalan penuh ke atas mesej yang mereka terima, dengan keupayaan untuk menyekat sebarang nombor, termasuk perniagaan, serta melaporkan spam.

Lebih 80% perniagaan kecil di India dan Brazil menyatakan bahawa WhatsApp membantu mereka berkomunikasi dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka hari ini (Sumber: kajian Morning Consult). WhatsApp Business akan memudahkan orang ramai berhubung dengan mereka, begitu juga sebaliknya, dengan cara yang pantas dan mudah.

WhatsApp Business tersedia hari ini dan boleh dimuat turun secara Percuma di Google Play di Indonesia, Itali, Mexico, U.K. dan A.S. Aplikasi ini akan dilancarkan di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang. Ini hanyalah permulaan!

18 Januari 2018

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)