Ciri
CallingMessagingGroupsChannelsMeta AIStatusSecurityParental controls
PrivacyBlogAppsHelp CenterUntuk Perniagaan
Log In
Download
Muat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Beli-belah, Pembayaran dan Perkhidmatan Pelanggan di WhatsApp

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peningkatan yang ketara terhadap penggunaan aplikasi pemesejan untuk komunikasi peribadi, dan semakin ramai juga orang bergantung pada WhatsApp untuk menjalankan perniagaan.

Banyak cara lama yang melibatkan komunikasi antara individu dan perniagaan adalah tidak berkesan. Walaupun perniagaan membelanjakan berbilion dolar setiap tahun untuk mengurus panggilan telefon, e-mel dan SMS, pengguna tidak mahu menunggu lama dalam talian, disambungkan dari seorang ke seorang atau tertanya-tanya sama ada mesej mereka sudah diterima.

Pandemik global telah membuktikan bahawa perniagaan memerlukan cara yang cepat dan cekap dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka dan membuat jualan. WhatsApp telah menjadi sumber yang ringkas dan mudah pada masa ini. Lebih daripada 175 juta orang menghantar mesej kepada akaun WhatsApp Business setiap hari. Kajian kami menunjukkan bahawa pengguna lebih suka menghantar mesej kepada perniagaan untuk mendapatkan bantuan dan mereka lebih berkemungkinan untuk membuat pembelian apabila mereka boleh berbuat sedemikian.

Namun, ada banyak lagi yang perlu kami bangunkan. Sejak dua tahun lalu, kami telah menyediakan aplikasi WhatsApp Business dan API WhatsApp Business untuk membantu perniagaan pelbagai saiz dalam mengurus sembang mereka. Kami telah mendengar maklum balas anda tentang perkara yang berkesan dan percaya WhatsApp boleh membantu menjadikan pemesejan cara yang terbaik bagi pengguna dan perniagaan untuk berhubung. Sebab itu, kami akan meningkatkan pelaburan kami dalam bahagian yang berikut:

  • Membeli-belah - Kami akan memperluaskan cara untuk pengguna melihat produk yang tersedia dan membuat pembelian terus daripada sembang. Kami juga ingin menjadikannya mudah bagi perniagaan untuk mengintegrasikan ciri ini ke dalam penyelesaian perniagaan dan pelanggan yang sedia ada. Ini akan membantu banyak perniagaan kecil yang paling banyak terjejas pada masa ini.
  • Perkhidmatan Pengehosan Facebook - Perniagaan mempunyai keperluan teknologi yang berbeza-beza dan menginginkan pilihan dalam syarikat yang bekerjasama dengan mereka untuk mengehos dan mengurus komunikasi pelanggan, terutamanya dengan meningkatnya kerja jarak jauh. Oleh sebab itulah dalam beberapa bulan akan datang, kami merancang untuk mengembangkan kerjasama kami dengan pembekal penyelesaian perniagaan yang telah bekerjasama dengan kami sejak dua tahun lalu. Kami juga akan memberikan pilihan baharu untuk perniagaan mengurus mesej WhatsApp mereka melalui perkhidmatan pengehosan yang Facebook merancang untuk tawarkan. Menyediakan pilihan ini akan menjadikannya lebih mudah bagi perniagaan bersaiz kecil dan sederhana untuk bermula, menjual produk, mengemas kini inventori mereka dan menjawab mesej yang diterima dengan segera - di mana-mana sahaja pekerja mereka berada.
  • Jualan Perkhidmatan kepada Perniagaan - Kami akan mengenakan bayaran kepada pelanggan perniagaan untuk perkhidmatan yang kami tawarkan, yang akan membantu WhatsApp untuk terus membangunkan perniagaan, sementara kami menyediakan dan mengembangkan perkhidmatan teks serta panggilan video dan suara yang disulitkan hujung ke hujung untuk lebih daripada dua bilion pengguna.

Kami tahu bahawa kebanyakan pengguna akan terus menggunakan WhatsApp hanya untuk berkomunikasi dengan rakan dan keluarga, sebab itulah kami akan terus membangunkan ciri baharu yang hebat dan melindungi perbualan peribadi pengguna.

Kami percaya bahawa pengalaman tambahan di WhatsApp ini memenuhi keperluan ramai individu dan perniagaan di seluruh dunia. Kami teruja tentang perkara yang akan datang dan kami akan melancarkan perkhidmatan ini secara beransur-ansur dalam beberapa bulan akan datang.

22 Oktober 2020

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

  • Ciri
  • Blog
  • Keselamatan
  • Untuk Perniagaan

Siapa kami

  • Perihal kami
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Privasi

Gunakan WhatsApp

  • Peranti mudah alih
  • Desktop
  • Tablet
  • WhatsApp Web

Perlukan bantuan?

  • Hubungi Kami
  • Pusat Bantuan
  • Aplikasi
  • Nasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap
  • Afrikaans
  • azərbaycan
  • Bahasa Indonesia
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • Filipino
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Melayu
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • اردو
  • العربية
  • فارسی
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 日本語
  • 简体中文
  • 繁體中文(台灣)
  • 繁體中文(香港)