Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman Utama
  • Aplikasi
    • PanggilanPemesejanKumpulanStatusSaluranMeta AIKeselamatan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2026 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Panggilan

      Kekal berhubung menerusi suara dan video.

    • Pemesejan

      Luahkan perasaan melalui pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • Kumpulan

      Ciri-ciri pemesejan yang anda perlukan untuk berhubung dalam kumpulan.

    • Saluran

      Sentiasa mengikuti topik yang penting bagi anda.

    • Meta AI

      Dapatkan bantuan bagi apa-apa sahaja, bersandarkan keselamatan dan privasi pada WhatsApp.

    • Status

      Kongsi setiap hari anda menerusi foto, video dan nota suara.

    • Keselamatan

      Lapisan perlindungan untuk menjaga keselamatan anda.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
Kembali ke Blog
WhatsApp Blog

Perkongsian Visi Kami untuk Komuniti di WhatsApp

Hari ini kami teruja untuk berkongsi visi kami untuk ciri baharu yang akan kami tambahkan ke dalam WhatsApp yang dipanggil Komuniti. Sejak WhatsApp dilancarkan pada tahun 2009, kami telah menumpukan pada cara komunikasi yang paling hampir dengan perbualan secara bersemuka apabila orang ingin bercakap dengan individu atau sekumpulan kawan atau ahli keluarga. Kami juga sering mendengar pandangan orang yang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dan menyelaras dalam sesebuah komuniti.

Organisasi seperti sekolah, kelab tempatan, dan organisasi tanpa untung kini bergantung kepada WhatsApp untuk berhubung secara terjamin dan melaksanakan urusan — terutamanya apabila pandemik telah memaksa kita mencari kaedah yang kreatif untuk bekerja bersama walaupun terpisah. Daripada maklum balas yang kami terima, kami fikir banyak yang boleh kami lakukan untuk memudahkan orang mengurus perbualan yang sibuk ini di kalangan kumpulan sedemikian.

Di sinilah Komuniti memainkan peranan. Komuniti di WhatsApp akan membolehkan penyatuan kumpulan yang berbeza di bawah satu bumbung dengan struktur yang memberi kemudahan dan berkesan bagi pengguna. Menerusi cara tersebut, orang boleh menerima kemas kini yang dihantar kepada seluruh Komuniti dan dengan mudah menyusun perbualan kumpulan lebih kecil berkenaan perkara yang mustahak pada mereka. Komuniti juga akan mengandungi peralatan baharu yang berkuasa untuk pentadbir, termasuk mesej pengumuman yang dihantar kepada semua orang serta kawalan terhadap kumpulan yang boleh disertakan.

Kami fikir Komuniti akan memudahkan guru besar sekolah menyatukan kesemua ibu bapa di sekolah untuk berkongsi kemas kini penting dan membuat kumpulan berkenaan kelas, aktiviti ekstrakurikulum, atau keperluan sukarela tertentu.

Kami juga akan melaksanakan beberapa penambahbaikan kepada cara kumpulan berfungsi di WhatsApp — sama ada kumpulan tersebut adalah sebahagian daripada Komuniti atau tidak. Kami fikir perkara ini akan membantu orang berkongsi dengan cara yang baharu dan mengurangkan bebanan lebihan dalam sembang yang lebih besar. Ciri ini akan dilancarkan dalam minggu-minggu yang akan datang maka orang ramai boleh mula mencuba ciri ini walaupun sebelum Komuniti tersedia.

  • Reaksi - Reaksi emoji akan tersedia di WhatsApp supaya orang boleh berkongsi pendapat mereka dengan mudah tanpa membanjiri sembang dengan mesej baharu.
  • Dipadamkan Pentadbir - Pentadbir kumpulan akan dibolehkan untuk mengalih keluar mesej yang menyeleweng atau bermasalah daripada sembang semua orang.
  • Perkongsian Fail – Kami akan mempertingkatkan perkongsian fail untuk menyokong sehingga 2 gigabit supaya orang ramai boleh berkolaborasi untuk projek dengan mudah.
  • Panggilan Suara Lebih Besar – Kami akan memperkenalkan panggilan suara satu ketik sehingga 32 orang dengan reka bentuk baharu untuk waktu-waktu apabila bercakap secara langsung adalah lebih baik berbanding bersembang.

Komuniti sememangnya peribadi, maka sebab itu kami akan terus melindungi mesej dengan penyulitan hujung ke hujung. Teknologi keselamatan ini kini lebih diperlukan untuk melindungi privasi dan keselamatan orang ramai. Kumpulan yang erat — sekolah, ahli kumpulan keagamaan, malah perniagaan — amat menginginkan dan memerlukan kemampuan untuk bersembang secara selamat dan terjamin tanpa WhatsApp memantau setiap patah perkataan mereka. Anda boleh membaca secara lanjut tentang cara pendekatan privasi dan keselamatan kami untuk Komuniti di sini.

Sementara aplikasi lain sedang membina sembang untuk ratusan ribu orang, kami memilih untuk menumpukan sokongan kepada kumpulan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita. Tempoh permulaan Komuniti di WhatsApp dan pembangunan ciri sokongan akan menjadi tumpuan utama kami untuk tahun yang akan datang. Kami tidak sabar untuk menyerahkan Komuniti kepada orang ramai dan menantikan maklum balas mereka.

14 April 2022

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun

Perkara yang kami lakukan

CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan

Diri kami

Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi

Gunakan WhatsApp

AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web

Perlukan bantuan?

Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2026 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar PrivasiSitemap