19 Mei 2022
Untuk orang ramai dan perniagaan di seluruh dunia, WhatsApp kini menjadi tempat perniagaan dijalankan. Sama ada kedai ibu dan ayah atau syarikat Fortune 500, semua saiz perniagaan hari ini bergantung pada WhatsApp untuk membantu pelanggan mereka.
Sepertimana WhatsApp membolehkan insan tersayang berkomunikasi dengan bebas merentasi sempadan, kami mahu menyelesaikan cabaran yang pernah kita alami semasa berhubung dengan perniagaan. Itu bermakna tidak perlu lagi menunggu, terperangkap pada laman web yang rosak, atau menghantar e-mel dan tertanya-tanya sama ada e-mel itu akan dibaca.
Sehingga kini, kami telah membantu berjuta-juta perniagaan menjadi lebih baik dengan WhatsApp. Langkah seterusnya adalah menyediakan WhatsApp untuk setiap perniagaan yang mahukan cara yang pantas, mudah dan boleh dipercayai untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.
Hari ini kami mengambil langkah penting dalam menjadikan WhatsApp tersedia untuk mana-mana perniagaan dalam sebarang saiz di seluruh dunia dengan menawarkan perkhidmatan pengehosan awan selamat dan percuma yang disediakan oleh Meta. Dengan API baharu ini, kami telah mengurangkan tempoh permulaan daripada bulan kepada minit supaya perniagaan dan pembangun boleh mengakses perkhidmatan kami dengan cepat dan mudah, membina secara terus pada WhatsApp untuk menyesuaikan lagi pengalaman mereka dan meningkatkan kepantasan mereka memberikan respons kepada pelanggan. Perkhidmatan ini juga akan menghapuskan perbelanjaan pelayan yang mahal untuk rakan kongsi kami dan memberi mereka akses segera kepada ciri baharu. Perniagaan boleh mendaftar secara terus atau bekerjasama dengan salah satu penyedia penyelesaian perniagaan kami untuk bermula.
Selama bertahun-tahun, kami telah melihat cara perniagaan kecil yang menggunakan WhatsApp akan berkembang dan kami ingin menyokong mereka dengan alat tambahan. Kami menjangkakan ada perniagaan yang mahu menggunakan API Berasaskan Awan walaupun banyak yang akan terus menggunakan aplikasi WhatsApp Business. Kami juga sedang mengusahakan ciri lanjutan untuk perniagaan ini bagi membantu mereka menjalankan operasi mereka melampaui hanya beberapa orang dan memperkasakan lagi jenama mereka dalam talian – seperti keupayaan mengurus sembang merentasi hingga 10 peranti supaya mereka boleh mengendalikan sembang dengan lebih baik. Kami juga akan menyediakan pautan klik untuk sembang WhatsApp boleh suai baharu untuk membantu perniagaan menarik pelanggan merentasi kehadiran dalam talian mereka. Kami merancang untuk menawarkan ini sebagai ciri tambahan, pilihan dengan bayaran dalam aplikasi WhatsApp Business sebagai sebahagian daripada perkhidmatan premium baharu. Kami akan sediakan butiran lanjut pada masa akan datang.
Dengan cara baharu ini untuk menyokong perniagaan, nilai kami untuk perbualan orang ke perniagaan masih tidak berubah. Orang ramai mengawal perniagaan yang mereka sembang dan perniagaan tidak boleh menghantar mesej kepada orang ramai melainkan mereka telah meminta untuk dihubungi.
Kami berharap orang ramai menikmati keupayaan untuk bersembang dengan lebih banyak perniagaan kegemaran mereka di WhatsApp dan tidak sabar mahu mendengar cara perniagaan baharu dibina dan berkembang maju.